Wednesday, 18 December 2013

GREEN BUILDING


Harini mari kita belajar mengenai GREEN BUILDING..

Apa itu Green Building?

Pada kefahaman hawa, melalui pembinaan berkonsepkan Green Building, kita dapat selamatkan bumi kita ni melalui penjimatan sumber dan tenaga, kitar semula bahan, pengurangan pelepasan bahan tercemar (toksik sbg contoh), dan sebagainya.

Kalau kita bandingkan pembangunan sekarang dengan pembangunan dulu, pembangunan sekarang lebih baik. Pembangunan sekarang masih kekalkan kehijauan dan pentingkan landskap. Kalau kita tengok pembanguanan dulu... nak bina sebuah rumah, tapi tebang pokok/ gali tanah macam nak bina 10 buah rumah. See.. tak Green gitu. Konsep green ni diperkenalkan lepas berlakunya masalah pemanasan global. 

Ramai yang anggap bila guna konsep 'Green Building' akan melibatkan kos yang tinggi... sebenarnya, tidak semua perlukan kos yang mahal. Itu semua bergantung pada kreativiti dan kerajinan masing2. 

Bila kita guna konsep Green ni, masalah pemanasan global, pelepasan carbon dioksida, pembaziran bahan dapat dikurangkan. Kalau kita bijak, konsepni kita boleh apply kat rumah kita sendiri...bolehla kalau nak jimat elektrik dan air. 

Contoh :

1) Rainwater Harvesting
- Kita yang tinggal di iklim khatulistiwa ni... boleh cuba kaedah ni...
- Kaedah ni mudah je... kita simpan air hujan guna kreativiti kita sendiri. Contoh biasa yang dibuat...

**Simpan air hujan yang mengalir dari bumbung. Jika rumah korang ada 'Gutter' atau bahasa kampung 'longkang bumbung'... cuba korang modified sikit aliran air tu jgn sampai mengalir ke longkang, biarkan aliran tu mengalir dalam tadahan yang kita sediakan. Bila dah penuh, bila waktu panas....korang boleh guna air tu untuk siram pokok, basuh kasut, jadikan air untuk basuk kaki dan sebagainya.

**Hawa pernah terfikir nak buat tempat simpanan air hujan pada musim tengkujuh dan digunakan untuk sejukkan rumah pada musim panas...Idea.. guna kincir air untuk siram bumbung dan bila air mengalir ke gutter.. air tersebut disimpan semula dan air dipam kembali kpd kincir air tersebut.. dan begitulah kitarannya hingga air dalam tangki habis. Kalau ada yang rajin... cubalah buat untuk projek akhir korang..hehe

2) Gray water system
- Gray water sistem ni dibuat bertujuan untuk kurangkan penggunaan air bersih.
-Kita gunakan untuk air bukan minum.. contoh, pengairan, tandas, basuh kereta dan lain2.
-Tgk gmbar di bawahni.... dia guna sistem ni. Maksud gambar tu... lepas kita basuh tangan... air dari singki tu mengalir ke tangki flush tu.... jd kita dah boleh save air kt situ. 
- Gambar yang ke dua tu.. lebih kurang sama je... lepas kita guna untuk mandi, basuh kain, dan basuh tangan.... air buangan tu disimpan dalam satu tangki simpanan... dan air tu ditapis untuk guna siram pokok/tujuan pengariran lain. 



3) Untuk penjimatan elektrik, sediakan bukaan yang banyak di rumah. Pastikan bukaan tingkap di rumah boleh alirkan udara/angin masuk dan keluar. Pengudaraan semulajadi boleh berlaku dalam dua keadaan :

Natural Ventilation (Pengudaraan semulajadi)
i) Wind Effect 
- Angin masuk dan keluar melalui bukaan dalam rumah. (Masuk melalui dinding 'windward wall' dan keluar melalui bukaan di 'leeward wall' ; nak mudah faham tgk gambar bawah ni..


- Tekanan biasa tinggi di bahagian 'windward'.. sebabtu kawasan tu ada tanda (+ve)..
-Tekanan rendah pada bahagian 'leeward'... pada kawasan tu bertanda (-ve)
- Tekanan udara/angin ni bergantung pada kelajuan angin, arah, lokasi dan persekitaran bangunan dan     bentuk bangunan.
-Gambar di bawahni ada tunjuk perbezaan arah laluan angin bila keadaan bangunan tertutup dan terbuka.




ii) Stack Effect
- Biasa guna untuk Complex Building
- Haba di luar dan didalam bangunan adalah berbeza dan wujudkan perbezaan tekanan.
-Udara yang sejuk adalah lebih tumpat berbanding udara panas.. jadi.. pengaliran udara akan berlaku. Pengaliran udara panas akan keluar melalui bukaan atas dan pengaliran udara sejuk akan masuk melalui bukaan bawah. Berlaku proses keseimbangan tekanan dalam bangunan...Tengok gambar & fahamkan :)
- Kalau kita tengok gambar di bawahni, bangunan ni guna bantuan kipas untuk tarik angin dari luar masuk ke dalam bangunan.


-  Kitaran ni akan sentiasa berlaku... Gambar di bawah ni tunjuk bagaimana haba di dalam rumah diperolehi :



Kesimpulannya, Kalau kita guna konsep Green Building.. kita akan jimat guna tenaga dan Save Earth... 

Ingat! konsep 'green building' ni bukan perkara baru.. tp dah lama dah dilaksanakan. Cuma kita je yang baru tahu. Klu ada lecturer tanya.. jawab 'dah lama dilaksanakan'.

Okla.. thanks kepada pembaca... Kalau ada ilmu yang dikongsikan.. boleh komen je kt ruangan komen tu :)

p/s : Apa yang hawa kongsikan tak sesuai untuk dimasukkan di dalam assignment/tugasan.. hanya sesuai untuk kefahaman shj. 

No comments:

Post a Comment