Wednesday 20 January 2016

Tips Temuduga Untuk Freshie

Assalamualaikum...

Dah lama hawa tak update blog... Kali ni first time update guna iphone. Alhamdulillah... Hawa sekarang sudah bekerjaya. Berbeza dengan dulu. Kalau dulu... Nak beli topup pun korek tabung. Nak minta dengan mak segan. Korek tabung dalam bilik senyap2.. Tak bagi bunyi.. Kalau bunyi.. Malu. Kalau masa belajar dulu.. Topup RM10~RM30 dah dikira perkara biasa. Tapi bila Menganggur.. Nak beli mamee monster pun xboleh. Duit kna simpan untuk topup. Selalu topup RM5. Tu pun sebulan sekali. Hanya yang menganggur faham situasi ni. Mungkin ada lagi yang lebih teruk dari hawa.. Tp wahai kawan.. Bersabarlah. Sabar... Tapi jangan malas. Usaha tetap perlu ada. Kerja kita perlu cari.. Bukan kerja yang datang kat kita. Kalau kerja yang datang tu... Kamu memang special sangat2. Bukan senang nak dapat peluang macam tu oittt..

Ini cerita aku mula nak bekerjaya...mungkin boleh beri semangat kepada freshi...

Aku menganggur agak lamala jugak. Boleh dikatakan setahun. Dalam tempoh setahun ni.. bukan
Aku tak apply kerja.. Aku mohon... Tapi tak dapat2 panggilan interview.
Then.. Aku tukar strategy..

Kawan2 sekeliling dah ramai bekerja.. Malu jugak. Lagi2 ada yang tanya.. ' ko buat ape skrg? Dah kerja belum?'.... Next week.. datang orang yang sama lagi kat rumah.. ' tak mohon kerja ke?.. ' ... Ok next month... Orang yang sama lagi... ' tak dapat kerja lagi? Kat sini ada kerja.. Kat situ ada kerja..  cubala mohon'...

FUH! Tension dengan orang macamni.. Dah tak kira perasaan orang. Bagi siapa2 yang di luar sana.. Kalau ada kawan yang menganggur... Janganla tanya soalan macam ni banyak kali... Rimassss.... Cukup sensitif bagi yang menganggur.... Kecuali.. Yang bertanya tu tambah .. ' owww takde kerja lagi.. Tapi takpe.. Nanti aku tolong ko.. Kalau ada job kosong kat mana2 aku bagitau ko'...

Ok sambung pasal strategy...

Aku fikir mungkin ada kelemahan dalam resume aku... Then.. Aku call kawan2 yang dah dapat kerja dan minta resume mereka untuk dijadikan contoh...
Alhamdulillah.. Ada juga hasilnya.. Bagi aku ketika tu... Ada company panggil interview dah cukup berbanding takde panggilan langsung.

Strategy ke dua...
Aku dapat beberapa panggilan interview.. Tak kira swasta atau kerajaan. Kesemua panggilan interview aku pergi. Bagi aku... Kalau dapat kerja terus Alhamdulillah.. Kalau tak dapat kerja pun tak apa.. Asalkan aku ada pengalaman untuk di interview. Bila kita dah biasa.. Rasa gugup kurang. Bentuk2 soalan kita dah boleh sedia sendiri. Contoh:

1) INTERVIEW SWASTA
- Gambaran interview swasta lebih menjurus kepada bidang kerja yang dipohon. Soalan asas mesti ada. Perlu bersedia dengan soalan applikasi.. Contoh...bentuk soalan bagi masalah pembinaan..
' jika berlaku masalah pembenaman cerucuk... Seperti cerucuk serong.. Apa yang perlu anda buat? Kena cabut cerucuk ke? Atau ada cara lain? Kalau cerucuk patah sewaktu pembenaman macamana pula?' ...
- Interview swasta agak susah.. Tetapi bergantung kepada penemuduga... Bukanla semua susah...
- berkenaan gaji yang dimohon.. Janganla terlalu tinggi kerana pengalaman kerja lagi penting. Bila korang dah ada pengalaman sekurang2nya setahun.. Barula anda boleh mohon gaji yang lebih tinggi. Pengalaman anda tu lebih dipandang.
- Lesen kenderaan.. Motor/ kereta penting juga kena ada. Hawa pernah ditanya.. Ada kereta tak? Ada lesen? ... ( soalan macamni geram juga sebenarnya.. Untuk company tu hawa jawab ' saya takde kereta encik.. Saya ada motor je' ...  Penemuduga tu balas.. ' kalau takde kereta .. Macamna nak pergi site kalau site luar?' ..  Hawa terus balas ' kalau encik ambik saya kerja.. Baru saya boleh beli kereta encik'.. Sambil tersenyum sinis kat penemuduga tu. Dalam hati memang xletak harapan tinggi untuk dapat kerja tu...Soalan dia pun dah lain macam serammm...
- soalan syarikat swasta takde tanya nama2 menteri... Pasal negeri/ negara.
- Isu2 semasa perlu dititikberatkan (isu berkaitan dengan jawatan)
- Pakaian bergantung pada jawatan yang ingin dipohon... Formal lebih baik

2) INTERVIEW KERAJAAN (NEGERI)
- Skop soalan meluas. Harapan nak dapat tipis sikit. Kebanyakan orang cakap ramai yang dapat pakai kabel. Korang sebenarnya jangan risau... Kalau dah usaha.. Rezeki tu tetap ada... Cuma cepat dengan lambat je dan mungkin rezeki tu datang dengan cara lain yang tak terlintas pun dalam fikiran kita. Kalau diorang pakai kabel.. Korang pakaila kabel yang paling besar iaitu ALLAH SWT.
- soalan menteri2... Negeri & negara
- soalan diluar bidang pun ada termasuk isu2 semasa yang tak termasuk dengan jawatan . Contoh :
Bagi jawatan ' pembantu tadbir'.. Soalan yang ditanya berkenaan dengan 'Pertahanan~ISA, NBOS'
- Soalan banyak berkaitan dengan negeri.
- sumbangan jabatan tersebut kepada negeri.
-pakaian formal...

3) INTERVIEW KERAJAAN (SPA)
- interview SPA yang paling hawa suka.
- soalan menjurus kepada bidang yang dipohon
- nama2 menteri yang berkaitan dengan jawatan..
- tugas-tugas jawatan yang dipohon
- isu2 semasa yang berkait dengan jawatan.
- sumbangan jabatan kepada rakyat/negara
- pakaian formal

BERSAMBUNG...
(Sambungan yang lebih menarik.. )

Saturday 7 March 2015

Tips untuk Pecahkan Bisul



Baru-baru ni mak saudara hawa kena bisul. Jadi mak hawa suruh dia letak daun pokok semalu atau pun daun gelenggang pada bisul tu. Kalau guna tips ni, bisul tu akan mudah untuk bermata, pecah dan sembuh...In shaa Allah..

Cara-caranya :

1)  Daun pokok semalu
~ Ambil beberapa helai daun pokok semalu dan lumatkan.
~ Lumur pada bisul.

2) Daun Gelenggang
~ Ambil 7 helai daun gelenggang  dan susunkan.
~ Potongkan daun tersebut menjadi 2 bahagian.
~ Bahagian yang telah dipotong yang mengeluarkan getah disapukan pada bisul.


SELAMAT MENCUBA !

Gabungan Makanan yang Boleh Membawa Maut

Assalamualaikum... Fuh! lama betul hawa tak update Blog.
Hari ni hawa nak kongsi gabungan makanan yang sangat bahaya untuk kesihatan.

Perkongsian kali ni adalah sambungan dari Mengurangkan Rasa Mabuk, loya dan keracunan makanan yang hawa dah kongsi sebelum ni.

Hati-hati bila anda dihidangkan makanan seperti senarai dibawah ni... Jangan sampai tersalah makan & mabuk.

1) Cendol (Makanan berkapur) + Budu



2) Madu + Tembikai

Tuesday 18 November 2014

Mengurangkan Rasa Mabuk, loya dan keracunan makanan

Assalamualaikum...

Harini hawa terdetik nak share kat korang cara untuk mengurangkan rasa mabuk, loya dan keracunan makanan. Tips kali ini hawa tak ambil daripada mana-mana majalah. Tips dan petua ini hawa ambil dari mak hawa. 

Baru-baru ni, abang hawa sakit...demam...muntah-muntah... memang kesian sangat dia. Abang hawa cakap dia tersalah makan ayam madu bakar campur dengan tembikai di jamuan makan tempat kerja dia. Itupun dia tak tahu ayam yang disediakan campur dengan madu.

Abang hawa sebenarnya dah tahu... madu+tembikai boleh jadi racun. Entah macammana dia boleh cuai macamtu. Nasib baiklah Allah panjangkan lagi umur abang hawa. Walaupun dia kena loya, muntah-muntah, rasa mabuk, dan demam.. tapi masih bersyukur sebab tak teruk yang boleh bawa kematian. Iyelakan... campuran dua bahan tu boleh jadi racunkan.



Mak hawa cepat-cepat suruh ayah cari sayur kangkung segar. Selamatlah kat kawasan felda ni ramai yang tanam kangkung, jadi mintak je. Jadi, cara-cara untuk kurangkan rasa loya akibat kesan keracunan tu... boleh ikut dibawah ni :

1) Sediakan kangkung dalam 2 ~ 5 pohon.
2) Kisarkan dengan 1 atau 2 gelas air.
3) Minum 

In shaa Allah, rasa mabuk dan loya tu akan kurang. Abang hawa dah cuba dan berhasil. 

Kita semua hanya berusaha dan Allah yang menentukan. Jangan yakin pada ubat, akan tetapi yakinlah pada Allah, bahawasanya Dialah yang menyembuhkan segala penyakit. Ubat hanya pengantara sahaja. Ingat tu....

(Jangan lupa baca sambungannya.... Gabungan Makanan yang boleh membawa maut )

Saturday 15 November 2014

Hilangkan Bau Mulut


1) Limau Kasturi Mengharumkan

Limau kasturi dapat mengharumkan bau mulut disamping mengatasi masalah bau badan. Cara-caranya adalah:


  • Tumbuk limau kasturi bersama kulit sehingga lumat.
  • Rebus dengan dua gelas air.
  • Biarkan sejuk dan tapiskan.
  • Kumur mulut 2x sehari dengan air tapisan ini.
Selain itu, kulit limau kasturi jika dimkan dapat mengurangkan bau badan.

2) Khasiat daun jambu batu.
cara-caranya :