Saturday, 15 November 2014

Hilangkan Bau Mulut


1) Limau Kasturi Mengharumkan

Limau kasturi dapat mengharumkan bau mulut disamping mengatasi masalah bau badan. Cara-caranya adalah:


  • Tumbuk limau kasturi bersama kulit sehingga lumat.
  • Rebus dengan dua gelas air.
  • Biarkan sejuk dan tapiskan.
  • Kumur mulut 2x sehari dengan air tapisan ini.
Selain itu, kulit limau kasturi jika dimkan dapat mengurangkan bau badan.

2) Khasiat daun jambu batu.
cara-caranya :



  • Ambil 10~15 helai daun jambu muda.
  • Kisarkan dengan 1/2 gelas air dan campurkan sedikit garam.
  • Tapiskan.
  • Kumur dengan air tersebut setiap hari.
Hampas air rebusan sebaiknya jangan dibuang kerana ia boleh dijadikan skrub pada badan dan ketiak. In shaa Allah, bau yang kurang enak akan hilang.

3) Hisap kulit kayu manis
Kulit kayu manis dikatakan dapat menghapuskan bakteria yang ada di dalam mulut yang menjadi punca nafas berbau. Jadi cara menghilangkan nafas berbau adalah :


  • Kunyah sedikit kulit kayu manis setiap malam sebelum tidur.
  • Telan airnya dan hampas dibuang.
4) Kunyah hampas kelapa
Cara-caranya:

  • Goreng semangkuk kecil hampas kelapa di dalam kuali tanpa minyak.
  • Goreng sehingga kekuningan dan kacau selalu supaya tidak hangit.
  • Angkat dan sejukkan.
  • Apabila sudah sejuk, kunyah sehingga hancur. Anda boleh telan atau buang.
Kerapkan minum air suam agar dapat menjaga kebersihan mulut. Hampas kelapa juga boleh dijadikan skrub untuk mencantikkan kulit.

5) Daun pudina menyegarkan
Cara-caranya:

  • Ambil daun pudina dan rendam dalam air suam.
  • Biarkan sejuk dan minum 2x sehari.
6) Air rebusan cengkih dan bunga lawang
Cara-caranya:

  • Rebus 5 tangkai bunga cengkih dan bunga lawang dengan air secukupnya,
  • Biarkan sejuk.
  • Kumur setiap waktu pagi dan sebelum tidur.
khasiat air rebusan ini adalah dapat mengurangkan bau mulut, menguatkan gusi, dan mengurangkan kesakitam akibar gigi berlubang.

7) Hilangkan dengan air daun sirih
Daun sirih mempunyai antiseptik yang membantu menghilangkan bau mulut. Kaedahnya:


  • Rebus 2 atau 3 helai daun sirih dengan 2 gelas air.
  • Sejukkan.
  • Kumur selepas menggosok gigi.
  • Lakukan 2 atau 3x sehari.
Air rebusan ini juga boleh digunakan untuk mencuci vagina selepas buang air kecil.


Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment