Harini hawa terdetik nak share kat korang cara untuk mengurangkan rasa mabuk, loya dan keracunan makanan. Tips kali ini hawa tak ambil daripada mana-mana majalah. Tips dan petua ini hawa ambil dari mak hawa.
Baru-baru ni, abang hawa sakit...demam...muntah-muntah... memang kesian sangat dia. Abang hawa cakap dia tersalah makan ayam madu bakar campur dengan tembikai di jamuan makan tempat kerja dia. Itupun dia tak tahu ayam yang disediakan campur dengan madu.
Abang hawa sebenarnya dah tahu... madu+tembikai boleh jadi racun. Entah macammana dia boleh cuai macamtu. Nasib baiklah Allah panjangkan lagi umur abang hawa. Walaupun dia kena loya, muntah-muntah, rasa mabuk, dan demam.. tapi masih bersyukur sebab tak teruk yang boleh bawa kematian. Iyelakan... campuran dua bahan tu boleh jadi racunkan.
Mak hawa cepat-cepat suruh ayah cari sayur kangkung segar. Selamatlah kat kawasan felda ni ramai yang tanam kangkung, jadi mintak je. Jadi, cara-cara untuk kurangkan rasa loya akibat kesan keracunan tu... boleh ikut dibawah ni :
1) Sediakan kangkung dalam 2 ~ 5 pohon.
2) Kisarkan dengan 1 atau 2 gelas air.
3) Minum
In shaa Allah, rasa mabuk dan loya tu akan kurang. Abang hawa dah cuba dan berhasil.
Kita semua hanya berusaha dan Allah yang menentukan. Jangan yakin pada ubat, akan tetapi yakinlah pada Allah, bahawasanya Dialah yang menyembuhkan segala penyakit. Ubat hanya pengantara sahaja. Ingat tu....
(Jangan lupa baca sambungannya.... Gabungan Makanan yang boleh membawa maut )
(Jangan lupa baca sambungannya.... Gabungan Makanan yang boleh membawa maut )
No comments:
Post a Comment