Tuesday, 4 February 2014

Setiap Hari Memikirkan Nasib

Hari-hari termenung memikirkan nasib...

Aku dah nak graduate, konvo dah tak lama lagi. Tangan dah tak sabar nak pegang segulung ijazah. Bila dah dapat, aku nak tunjuk kat mak, ayah, adik-beradik & anak saudara yang aku dah dapat ijazah masa tu. "Ni la hasil usaha hawa dengan pertolongan rakan2 lain che & ayah! Nila hadiah yang paling istimewa untuk che & ayah! "        

Ingin sekali aku menjadi contoh yang baik kepada anak-anak saudaraku...Ni (sambil tunjukkan degree scroll).. "Moksu dah berjaya! dah keluar Universiti... dah dapat Ijazah!". Ingin sekali aku mengatakan pada mereka, "Belajar rajin-rajin ye..nanti lepas SPM, dapat result cemerlang.. boleh masuk U! Nanti boleh buat mak& ayah kamu tersenyum!". 



Setiap hari selepas solat & berdoa, aku pasti termenung..
Bolehkah dengan segulung ijazah yang aku perolehi nanti membantu aku untuk mendapatkan kerja? Kerja yang halal bagiku? yang sesuai untuk kaum hawa macam aku? Cukupkah ilmu yang aku pelajari untuk aku gunakan sewaktu kerja? Redhakah Allah dengan pekerjaan yang akan aku perolehi nanti? Mampukah aku berbakti kepada orang tuaku? Membalas jasa mereka yang dah banyak membantu aku dari kecil lagi.. begitu juga dengan pertolongan adik beradikku yang lain? 

Teringat kata-kata ustaz Azhar Idrus, Siapa yang yakin dengan segulung ijazah dapat menjamin masa depan yang cerah , IMANnya telah rosak". Aku tahu ijazahku tidak mampu membantu dan menjamin masa depanku, tapi aku pasti dengan segulung ijazah inilah yang akan membuatkan orang tuaku gembira. Dari kecil lagi mereka memberi aku semangat dan nasihat untuk aku belajar hingga ke peringkat Universiti. Sekarang aku dah ada sijil SPM, diploma, & akan datang ijazah. " Che & ayah, hawa minta maaf banyak2 sekiranya hawa bekerja suatu hari nanti tidak menggunakan ijazah yang diperolehi. Hawa redha sekiranya Allah memberi hawa kerja walau diperingkat SPM sekalipun. Asalkan itu halal bagi hawa & Allah meredhainya."

Setiap orangtua pasti mendoakan kebaikan untuk anak-anaknya. Doa dari orangtua kita mudah untuk dimakbulkan. Ingin aku memberitahu mereka agar sentiasa mendoakan aku supaya dimurahkan rezeki olehNya. Hanya dengan izin Allah s.w.t sahaja yang boleh memberi aku rezeki untuk membantu orangtuaku untuk mengerjakan Haji dan Umrah. "Jika ada rezeki lebih, kita akan pergi sama-sama che & ayah, In Shaa Allah."

Aku tidak pandai untuk mengarang, tapi inilah hasil luahan hati aku. Luahan seorang insan yang baru selangkah untuk ke bidang pekerjaan. 

1 kekosongan! beribu memerlukan! Itulah cabaran aku!!


[Che = panggilan kepada emak]


No comments:

Post a Comment