Sunday, 11 May 2014

Melawat Mangsa Kes Serangan Beruang di Merchang, Terengganu

Assalamualaikum...
Hawa dah lama tak coretkan sesuatu pada Blog ni. Semalam (10 Mei) adalah hari lahir hawa yang ke 25. Tiada sambutan hari lahir yang diraikan memandangkan diri hawa yang dah meningkat usia. Cukuplah hari yang penuh makna ini bersama keluarga tercinta dan harini juga hawa dapat bertemu dengan akak & keluarganya yang tinggal di kuantan. Suka apabila melihat telatah anak2 buah hawa yang kecil dengan kenakalan yang comel itu.

KISAH 1
Harini hawa & keluarga pergi ke Hospital Besar kuala terengganu untuk melawat jiran yang sakit. Jiran hawa kemalangan, motor lawan motor. Alhamdulillah, jiran hawa tu takdela teruk sangat berbanding dengan pesakit lain. Badan2 calar sikit & kaki kena operate sebab ada urat dikakinya putus. Kakinya masih boleh berfungsi sediakala, cuma ambil masa.

KISAH 2
Sebulan yang lepas, berita malaysia digemparkan dengan kisah seorang mak cik di merchang, terengganu yang diserang beruang liar semasa menoreh getah. Rupa2nya, mangsa serangan beruang tu adalah saudara
kepada abang ipar hawa. Iyelah, alang2 dah berada di hospital tersebut, dari tingkat 4 kami naik ke tingkat 5 untuk menziarahi mangsa. Mangsa tu wanita 50-60an. Hawa panggil dia ‘Mak cik’. Mak cik tu tunjukkan kesan parut dari cakaran & gigitan beruang tu.



Kebanyakan yang melawat masatu tak sanggup tengok kesan cakaran tu. Cuba pembaca bayangkan kesan cakaran tu mula dari atas kepala sampai ke leher makcik tu. Habis telinga dan kulit kepala dicakar. Bayangkan penderitaan mak cik tu ketika waktu kejadian tu. Makcik tu sedar akan situasi yang berlaku. Dia meraung sekuat hati, & dimulutnya tidak putus2 menyebut ‘ALLAH... ALLAH...ALLAH’. Mujurla Allah masih panjangkan umur makcik tu & jeritan makcik didengar suaminya. Menurut mak cik tu :

“ Tengah2 makcik toreh getah dekat ladang tu, mak cik tengok ada sekor binatang ni tengok mak cik. Mak cik terkejut & sekelip mata je binatang tu terus terkam, gigit & cakar punggung mak cik.
Ya Allah! binatang apa ni?!!!. Mak cik terus jatuh dan binatang tu terus tindih makcik. Badan makcik lemah untuk berdiri. Mak cik boleh rasa masatu dia cakar kepala makcik. Makcik boleh dengar kepala makcik disiat binatang tu. Bunyi cakaran tu ibarat kita carikkan kertas, macamtula bunyinya!

Mak cik meraung kesakitan! Kalimah Allah sentiasa makcik sebut. Tak lama lepastu, suami makcik datang sebab dengar bunyi teriakan makcik. Suami makcik ambil kayu dan baling kearah binatang tu. Binatang tu lari dan cepat2 suami makcik dukung dan bawa makcik keluar dari ladang tu dengan motosikal. Binatang tu datang semula untuk buat serangan kedua, tapi selamatla suami makcik cepat. Makcik memang dalam keadaan sedar dan ingat dengan semua yang terjadi.

Mak cik dihantar ke hospital merchang dan terus ditukarkan ke Hospital besar Kuala Terengganu. Kalau dikira, sampai sekarang makcik dah sebulan lebih berada di hospital ni. Kalaulah suami makcik tak datang untuk 2 atau 3 minit lagi, makcik mungkin dah meninggal.”

Adik kepada makcik tu menambah, “ Masa saya sampai sini masa hari yang kena tu, saya tengok badan dia habis berlumuran darah. Luka di kepala masih terbuka & pembedahan serta rawatan masih belum dijalankan.”

Sayu mendengar cerita dari pengalaman pahit makcik tu. Ajal maut itu semua kehendak tuhan. Semoga Makcik tu cepat sembuh dari luka yang dialami.

~MUHASABAH DIRI~
:: Dimulut makcik tu sentiasa menyebut ‘ALLAH’ dikala ditimpa ujian.... Adakah aku akan menyebut ‘Allah’ jika berlaku situasi sedemikian? Atau hanya ‘mengaduh’ kesakitan?::


No comments:

Post a Comment