Wednesday, 11 June 2014

Elakkan Diri Dari Menjadi Mangsa Ragut!


Harini hawa nak kongsikan tips penting bagi pembaca terutamanya kaum wanita. Beberapa hari yang lalu hawa menonton rancangan ' Safiyya TV9 ' dan isunya adalah berkenaan dengan masalah ragut. Jadi hawa sempat menulis tips penting yang telah diberi.

Tips dari Safiyya TV9:
  1. Pastikan pintu kereta sentiasa dikunci
  2. Letakkan beg tangan di bawah kerusi.
  3. Prihatin dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika berhenti di lampu isyarat.
  4. Tidak terlalu leka dengan telefon bimbit.
  5. Elakkan laluan yang sama untuk pulang ke rumah.
  6. Terus ke balai polis sekiranya diekori.
  7. Jangan berlawan sekiranya peragut berjaya memasuki kenderaan anda.
Kesalahan yang sering hawa lihat :
  1. Beg tangan diletakkan di dalam raga motor tanpa disorok dan terdedah ketika berada di dalam kereta.
  2. Tidak mengunci kereta.
  3. Pembonceng menggalas beg tangan.
  4. Pejalan kaki memegang beg tangan di sebelah kanan/ pada arah jalanraya.
  5. Dompet diletakkan di poket belakang dan mudah dilihat dan diambil (terutamanya dompet panjang).
  6. Telefon bimbit sentiasa ditangan tidak kira pejalan kaki atau pemandu.
  7. Suka mempamirkan perhiasan terutama barangan kemas untuk dilihat umum.
  8. Keluar dari bank/ATM sambil mengira wang.
  9. Tidak prihatin dengan keadaan sekeliling.
  10. Suka meletakkan beg tangan/ dompet di dalam bakul ketika membeli belah.

Tips yang hawa kongsikan ni jangan dipandang remeh tau. Kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Jadi sebagai langkah berjaga-jaga, jom kita share pada rakan-rakan yang lain terutamanya pada insan yang tersayang.

>>> Jika anda ingin kongsikan tips/ info yang menarik hawa amat mengalukan :-) <<<

No comments:

Post a Comment