Ok, harini apa kata kita bincang tentang topik yang hawa bawakan " Jangan Membenci, Nanti Jadi Sayang!". Ehemmm.... bila tengok tajuk ada yang terasa ke? atau ada yang dah terkena??? hehe.
Tajuk harini, lebih bagus kalau kita bincangkan secara santai. Penatkan bila buat ayat panjang2, lepastu ikut tatabahasa yang betul... nanti ada yang teragak2 nak post comment sebab takut ' ter', 'ber', 'meng', atau 'meng...i' tu salah digunakan. Kalau ada yang nak post komen guna loghat korang pun tak apa... hawa terima je. Hawa orang Terengganu, jadi 'kalu nok taip gune bahase ganu pun buleh, dok jadi masaloh!'.
Jadi sekarang ni kita sambung dengan topik kita. Apa maksud 'membenci' sebenarnya jika difahamkan secara umum? Kalau bagi hawa, membenci ni sama maksudnya dengan 'tak suka'. Ni hawa bagi contoh dialog sikit :
"Eee...tak bolehla tengok muka dia tu! bencinya aku!"
"Eee... aku tak sukala perempuan hidung kemek, nanti aku kahwin aku tak nak pilih hidung kemek!"
"Eee dia ni... aku cakap tak payah tolong, tak payah la.... ni nak tolong jugak, bencinya!"
"Eee...semua benda yang dia buat, semua aku tak suka!"
"Eee.. aku memang tak sukala lelaki kulit gelap ni, tak hensem... eee.. tak sukala"...
"Eee.. kopi yang manis ni boleh jadi pahit bila dia ada... eee..tak suka...tak suka"...
Haa...inila antara contoh yang ringkas yang boleh hawa bagi.
Pernah tak jadi macamni dalam hidup korang? Kalau tak jadi kat korang pun, try tengok sekeliling korang. Mesti ada punya kan2x??? Mesti ada punyer yang pernah kena... tapi tak ngaku... huhu. Tuuuula korang, sape suruh benci? sape suruh tak suka sangat... haha.
Okla... hawa mengaku yang hawa sendiri pun pernah kena. Pernah dulu masa belajar, hawa cop orang tu sombong... alih2 orang tu jugak jadi kawan baik hawa.. orang yang hawa cakap sombong dan tak suka tula yang banyak bantu hawa.
Haritu sepupu hawa ada tunjuk wedding invitation dari kawan dia dalam FB. Sepupu hawa bagitau, " Aku dah agak dah budak dua orang ni, dulu selalu gaduh...tengok sekarang dah nak kahwin".
Ni cerita dari seorang ustazah dalam ceramah agama di universiti dulu.. " dulu saya tak suka orang lelaki kulit gelap, bila saya nak dijodohkan dengan suami saya sekarang... mula2 saya tengok gambar... 'Allah...hitamnya bakal suami aku!'".... tapi ustazah ni redha je... dah jodoh dia.
Hawa pernah dengar ada satu pemanggil dalam satu siaran radio, orang tu kongsikan pengalaman dia dalam topik lebih kurang sama dengan hawanila. Lebih kurang macamnila dialog orang tu dengan DJ tu :
DJ : "Assalamualaikum siapa di talian?"...
Pemanggil : " saya.....bla bla bla..."
DJ: " Jadi apa yang nak dikongsikan?"
Pemanggil : " Begini, .........Dulu saya memang tak suka perempuan hidung kemek, tapi sekarang saya dapat jugak bini hidung kemek. Kalau dulu pandang sebelah mata pun tidak pada perempuan yang hidung kemek ni."
DJ : "Kalau dulu tak pandang, dah tu sekarang dah berbini ko pandang ape?..haha"
Pemanggil : " Kalau dengan bini, bila saya pandang dia..saya tak tengok hidung dia... tapi saya tengok dahi dia... hahaha.."
Lebih kurang macamnila dialog dia. Ada plak macamtukan..haha.
Jadi sekarang mari kita bincang.... kenapa bila kita benci lama-lama boleh jadi sayang. Jadi apa pendapat korang?????
Bagi hawa... bila wujud rasa benci, adakalanya fikiran kita fokus pada orang tu. Ada jugak yang Allah takdirkan bila kita benci orang tu... bila jalan2 mesti terserempak dengan orang tu.. atau bila kita nak minta pertolongan, orang tu je yang ada untuk bantu kita selain Allah S.W.T. Ada juga bila sambung belajar, jumpa orang tu lagi. Ada tak yang pernah terjadi macamni? Mungkin dengan faktor ni, barulah kita dapat tengok kebaikan orangtu. Boleh jadi lama2 kita boleh tukar persepsi terhadap orang tu...
" Owh, rajin rupanya dia tu."
" Baik rupanya dia tu"
" Mudahnya dia tolong aku, x minta balasan pulak tu".....
Dengan terjadinya situasi macamni, tidak mustahil untuk kita jatuh hati pada orang tu. Then kena pulak orang yang kita selalu tak suka tu dah lama syok giler kt kita tapi dia tak tunjuk je. Kalau tunjuk pun dengan cara sebaliknya... dengan cara selalu ganggu kita.
Ada ke yang bersetuju dengan pendapat hawa ni? Memang wujudkan sketsa kehidupan macamni. Kalau tak kena kat kita pun, kena kat orang lain.
Ok, point lain??? kenapa jadi macamni ek??
Ada tak yang pernah couple?..... then korang dengan si dia dulu bukan main baik gilerrr. Disebabkan kesalahan kecik.... terus kita tak suka. Disebabkan 1 kesalahan... 1000 kebaikan kita dah tak nampak. Contoh :
"Heiii.. ko kentut! kita putus!"...
" Eeei.. dahla kentut... busuk plak tu!"
Disebabkan hal 'terkentut' macamni dah benci-membenci. Bila dah menjauh, baru merindu...... " Dulu membenci, sekarang merindu... akan datang??? cepat-cepatla kahwin kalau dalam situasi macamni, barula boleh menyayang. Lepastu..'kentut yang busuk' dah jadi wangi bila dia dah jadi suami. keh2.
(p/s : 'Kentut tu hawa saje je nak gambarkan masalah kecil yang dipandang serius).
Ok.. next point?
Hawa nak pesan untuk diri sendiri dan juga pembaca. Hidupni janganla selalu mengata, buruk sangka, dan tak suka dengan ciptaan Allah yang Allah bagi pada makhluknya. Contoh yang hidung kemek tadi. Dulu orangtu pandang pun tidak perempuan hidung kemek... sekarang Allah uji dia dengan dapat isteri hidung kemek. Haaa..kutuk la lagi...
Jangan tengok dari luaran sahaja... tengokla juga dari dalaman. Hidung kemek takpe, asal hati baik. Jangan tersalah pilih kerana tengok luaran sahaja dahla.
Jadi kesimpulannya ialah..."Jangan membenci, nanti jadi sayang"...
Okla, ni kali keberapa tak tau hawa guna perkataan 'ok' ni. Sekarang giliran korang pula untuk bagi pandangan/ pendapat. Apa yang korang fikir? Ada tak yang nak share kisah2 menarik?
Thanks reader...... pendapat/pandangan/cerita menarik anda...amat hawa hargai...
dulu x nak laki gemok tp dgn takdir Allah. laki gemok tu la yg Allah pilih utk sya. Allah x bg apa yg kita NAK tp Allah akan bg apa yang TERBAIK utk kita. InsyaAllah.
ReplyDeleteDia dah kurus dah :)... noniey.. aku dah baca blog ko... menarik juga ;)
Deleteassalamualaikum~ akak saya baru 14 tahun... saya nak tanya nie.. saya pelikla kenapa bila saya pergi mana2 je budak lelaki selalu sangat suka cari pasal ngan saya???
ReplyDeleteWaalaikumussalam, ni bagi pendapat akak la... kdg2 budak laki ni suka cari pasal mungkin sebab 1) adik cantik... diorg mungkin nk menarik perhatian adik. Mgkin cara tu je y boleh diorg tarik perhatian adik. 2) adik mgkin jenis happy go lucky... mgkin diorg x faham.. adik nampak je happy dengan apa y diorg buat..sedangkan kat dalam hati bukan main tak suka. Kalau situasi macamni.. baik kita luahkan.. samaada dalam perkataan atau perbuatan. Tp janganla sampai kes polis pula..hehe. berpadala kita terus terang je yang kita tak suka dengan apa yang mereka buat.. kalau diorg cuba kacau lagi.. kalau jumpa diorg lg..baik adik bersenbunyi jela. Kita xboleh layan sgt dgn orang macamtu. 3) diorg mungkin nampak yg kita ni jenis pengasar.. sebabtu diorg suka berkasar dgn kita tanpa peduli dengan apa y kita rasa. Sbbtu akak bg pendapat pada adik... jauhi org macamni.. itu pun kalau boleh larila. Sesetengah orang..bila kita luahkan yang kita xsuka dengan apa yang dibuat.. diorang makin menjadi2 cari pasal dengan kita..kalau macamni... adik terus diam..x payah explain panjang2. Iyelakan..adik dah jelaskan yang adik xsuka, diorang tetap buat jgk. Diam dan lari dari diorg lagi bagus.. biar diorang pelik dan fikir sendiri apa salah diorang kat adik.
Delete(Hanya pendapat peribadi dr seorang akak)