Dah lama hawa x update blog. Hari ni hawa nak share tips untuk kecantikan wajah. Walaupun hawa tak cantik dan jarang menggunakan kaedah tradisional sebagai rawatan kecantikan, tapi tak salahkan kalau hawa nak share sesuatu yang berguna ni kepada pembaca.
Hawa pernah buat ikut tips ni.. cuma tak selalu. Untuk mendapatkan wajah yang sihat, halus, gebu dan meletup!... Pembaca perlu lakukan secara berterusan, barulah wajah dari hantu kak limah bertukar kepada Siti Nurhaliza. Kalau tak nak siti nurhaliza boleh jugak bertukar kepada Emma Maembong..kiki.
Jadi persoalannya disini...
Bagaimana Ingin Menukarkan Wajah dari HANTU KAK LIMAH kepada SITI NURHALIZA???
Disini caranya :
1) Wajah bersih dan cerah
~ Ambil daun lidah buaya dan susu.
~ Gaulkan lendir lidah buaya dengan susu.
Daun lidah buaya untuk mencerahkan kulit
~ Bilas dengan air suam supaya kotoran atau cela keluar.
2) Melembapkan wajah
~ Ambil buah pisang.
Pisang untuk melembapkan kulit
~ Oleskan seperti krim pada wajah.
~ Biarkan ia kering & bilas dengan air bersih.
p/s : buat dengan lebih kerap untuk mendapat kulit yang gebu.
3) Menyegar dan memutihkan
~ Ambil perahan limau nipis dan telur ( pilih samaada nak guna putih/ kuning).
Limau nipis untuk menyegarkan wajah
~ campurkan jadi satu ramuan.
~ sapu pada wajah hingga kering.
~ Bilas dengan air suam.
4) Wajah berminyak
~ Ambil potongan limau nipis dan tomato.
~ Hiris tomato hingga halus dan perahkan sedikit limau nipis padanya.
~ Sapukan secara lembut pada muka.
~ Biar untuk berapa seketika dan bilas.
(sumber : Harian metro ; khamis ; 06 februari 2014)
tips yang menarik
ReplyDeletethanks izzul sayyidi :)
Delete