Monday, 1 September 2014

PETUA MENGHILANGKAN PANAS LADA


Petua ni hawa ambil daripada perkongsian pembaca Majalah Saji Mac 2014.




"Selepas memproses cili, cepat-cepat cuci dengan air asam jawa. Saya dah biasa sebab saya meniaga."
..... Rozaimah Razali

"Ada orang tua kata, waktu kita ramas atau cuci cili tu, niat dalam hati bukan tangan kita yang pegang cili tu".... Fauzilah Bte Mohd Yusof


"Gunakan daun jambu batu, ramas-ramaskan daun dengan sedikit air. In shaa Allah boleh hilang, sebab saya selalu amalkan." .... Azura Alyaikmal


"Untuk menghilangkan pijar atau panas cili, ramas daun cili bersama air dengan tangan yang panas tu. In shaa Allah akan hilang." ....Hjh. Zie



Mak hawa ajar sama dengan Hjh. zie. korang macammana? ada tips lain?

No comments:

Post a Comment