Wednesday, 8 October 2014

6 Panduan Rambut Sihat dan Menawan

1) Kerap memotong rambut
Memotong rambut lebih kerap membantu memperbaiki folikel rambut terutama bagi yang menghadapi masalah rambut bercabang.


2) Masalah rambut bercabang
Cara penyelesaian yang efektif adalah dengan memotong bahagian hujung rambut yang bercabang.


3) Mencuci rambut
Mencuci rambut setiap hari akan menyebabkan rambut menjadi kering, kecuali jika menggunakan perapi selepas mencuci. Bukan kekerapan membersih menjadi persoalan, sebaliknya jenis rambut dan aktiviti yang dilakukan merupakan faktor utama kenapa rambut perlu dibersihkan.


4) Penggunaan perapi rambut
Perapi bertujuan menjadikan rambut lebih lembut dan mudah diatur. Kebanyakan perapi rambut digunakan untuk beberapa minit selepas bersyampu. Walaupun begitu,ia sudah berfungsi secara optimum dan membuatkan rambut lebih mudah diatur, bersinar dan lembut.

5) Mencabut Uban
Ramai yang beranggapan apabila uban dicabut, lebih banyak uban yang akan tumbuh. Hal ini adalah tidak benar kerana setiap rambut mempunyai folikel yang tidak mempengaruhi rambut lain jika uban dicabut. Jadi, jangan takut untuk mencabut uban.

6) Menyikat rambut secara lembut
Penggunaan sikat yang tidak sesuai atau terlalu kasar ketika menyikat rambut boleh menyebabkan rambut bercabang dan mengalami kerosakan. Menyikat dengan cara yang salah, terutama pada bahagian rambut yang tipis akan menyebabkan rambut lebih mudah rosak. Tetapi jika anda menyikat rambut mengikut cara yang lembut, maka rambut tidak mudah rosak.


(Sumber : Majalah Rapi ; Bil.244 ; 15 sept 2014 ; oleh Ruziana Zainal ; ms38 & 39)

No comments:

Post a Comment