Tuesday 7 October 2014

Panduan Jimat Wang Untuk Pelajar

1) Berkongsi segalanya dengan rakan sebaya
Carilah rakan-rakan yang serasi dan selesa dengan kita iaitu kawan yang boleh berkongsi barang, makan dan minum. Amalan berkongsi lebih menjimatkan wang, contohnya :
~ Makan secara berkongsi atau berkumpulan lebih murah berbanding secara individu.
~ Berkongsi kenderaan lebih bagus dan menjimatkan kewangan sekiranya duit minyak dikongsikan secara beramai-ramai.


2) Memaksimumkan sumber dan aktiviti di tempat belajar.
~ Gunakan sebijaknya kemudahan yang telah disediakan di tempat belajar sebagai contoh ialah WIFI. Pelajar boleh menjimatkan wang dengan menggunakan WIFI secara percuma dan elakkan daripada melanggan internet secara peribadi.


3) Tahan tarikan daripada berkunjung di kedai-kedai kopi.
Elakkan daripada menjadikan kedai-kedai kopi sebagai tempat untuk belajar, Pelajar akan terpaksa  membelanjakan wang untuk membeli minuman apatah lagi di kedai-kedai yang ternama sekiranya menjadikan kedai kopi sebagai tempat berbincang dan mencari ketenangan. Carilah tempat-tempat lain yang lebih menarik dan damai supaya anda lebih tenang dan mudah mendapat ilham untuk membuat tugasan anda.

4) Berhati-hati dengan kad kredit
Penggunaan kad kredit adakalanya positif dan negatif. Ia bergantung pada cara penggunaanya. Perlu diingat penggunaan kad kredit mempunyai risiko tersendiri. Ibubapa perlu memikirkan sedalam-dalamnya sebelum memberi anak pelepasan untuk menggunakan kad kredit.



(Sumber : Majalah Ringgit ; Panduan Jimat Wang Untuk Pelajar Kolej Di Malaysia ; m/s 3)

No comments:

Post a Comment