Pasar hari rabu di Taman Universiti. Lokasi pasar dekat je dengan UTHM & KKTM. Hari ni best pergi pasar dengan housemate Wana. Pergi bukan nak beli makanan pun sebenarnya, saje nak pergi jalan2 untuk terakhir kalinya. 2 hari lagi nak balik kampung (Terengganu)...lepasni memang xde peluang dah nak datang pasar hari rabuni.
Kat pasarni, hawa selalu beli 'Kaya Ball'...memang sedap!. Kalau hujan, makan panas2.. pergh! rasa skali pasti nak lagi!,... tapi harini hawa xbeli. Untuk harini hawa beli 'Uncle Best Fried Chicken' Spicy. Memang sedap & Pedas. Selain tu..Murtabak (inti serunding ayam), & keropok lekor. Murtabak ni baru je nak try. Kat Terengganu xde Murtabak jenis ni, kalau ada pun jenis yang biasa ada kuah bawang warna merah tu. Then, untuk Murtabak jenisni guna kuah gulai (xpasti sebab ada rasa kacang dal). Kalau dibuat perbandingan yang mana paling sedap..hawa pilih ..Murtabak kuah merah.
Ni gambar petang tadi...
'Uncle Best Fried Chicken' ...'Taste It, You'll Luv it!!
Murtabak 'Serunding'
Buka dari 4.00 petang ~ 8.30 malam...
No comments:
Post a Comment