Dibawahni..susunatur dalam UTHM, iaitu kemudahan2 yang dah disediakan oleh UTHM untuk pelajarnya yang 'TERCINTA'. Tak semua hawa ambil tau... kalau nak ambil semua.. memang terlepas magribla jawabnya. [Snap gambar start 6.45 p.m ~ 7.30 p.m] :
First view bila datang UTHM
Stadium UTHM, tempat biasa student jogging / rekreasi
Selain padang bola, UTHM juga sediakan tempat untuk main Hoki, Futsal, Tennis,
Ragbi, GOLF & lain2.
Dewan Badminton
'Kompleks Renang' baru je dirasmikan pada 3 Disember 2013 yang lalu. Hawa xtau apa yang ada dalamni.. yang pasti dalamni ada air... hehe.
Yang ni pula Pejabat Kokurikulum, hawa xtaw nak cerita apa untuk bangunan ni.
Berhadapan dengan padang bola UTHM ada DTMI iaitu tempat untuk ceramah, PC fair/ jualan, Pertandingan (macam2 ada), & tempat untuk jawab Final Exam.
Ni adalah bangunan F2, bangunan lama & paling ditakuti student UTHM. Tempatni juga tempat yang paling Stress untuk student. Tempatni hidup untuk Test 1, Test 2, & Final Exam. Dalam bangunan F2 ni, ada banyak CCTV, jadi.. janganla cuba2 nak meniru bila Final Exam yer!.. Pasti dikawal ketat!. Dibelakang bangunan ni jgk ada Pejabat Pengurusan Akademik (PPA).
Dewan Sultan Ibrahim.... dewan terbaru UTHM. memang khas untuk Konvokesyen, Majlis perasmian & Tempat Final Exam (selain ni.. hawa xpasti). Memang cantik suasana dalam dewanni, dengan pintu gerbang yang besar, ukiran kayu yang kemas, tangga geometri, Kerusi undangan yang selesa, memang exclusive dan menarik. Tempatni tak boleh masuk sebarangan.
Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Fakulti FKAAS (Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar) adalah fakulti Hawa. Group hawa antara pelajar terawal merasmikan bangunan ni.. Bangga rasa..hehe. Okla..hawa cerita sikit pasal FKAAS & bangunan ni. Dalam FKAAS ada beberapa bahagian utama... Bahagian2 dia tengok bawahni..
[sumber : FKAAS,UTHM ]
Pejabat FKAAS ada pada bahagiaan yang tulis 'FKAAS' tu... Bangunan yang terpacak tu.. dua2 bangunan pensyarah. Bangunan untuk pensyarah ada lagi yang warna hijau tu. Bilik kuliah di bangunan FKAAS ni xbanyak, tapi kemudahan bangunan ni lebih kepada Makmal. Antara makmal yang disediakan.. makmal konkrit, makmal alam sekitar (environment), makmal geologi, makmal geoteknik, makmal jalan raya, makmal hidraulik, & banyak lagi. Sepanjang hawa belajar di UTHM, bilik kuliah hawa tak tetap... ada di FKAAS, 'PNS' (gambar xde), Blok G3, & FPTP,
Ni dia bangunan G3 (Kompleks Dewan Kuliah). Blok ni banyak sediakan dewan & bilik kuliah. Blok ni jgk dijadikan tempat untuk jawab Final Exam. Gambar ni baru kt depan, bangunan ni besar lagi sebenarnya.
Buat masani, bangunan FPTP (Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan) adalah bangunan fakulti tercantik buat masa ni. Dari luar kalau waktu malam memang nampak macam hotel. Bangunan yang tinggi tu adalah bilik kuliah & sebelah kanan Pejabat FPTP. Hawa tak tau sangat dengan susunan bangunan ni, kuliah hawa tak banyak kat sini.
Bangunan fakulti yang lain :
FPTV ( Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional)
FKEE ( Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik)
FSKTM (Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat)
Kemudahan Lain yang disediakan :
Masjid UTHM, bukan disediakan untuk warga UTHM je, tapi untuk orang kampung jgk. Nikan rumah Allah.. sentiasa terbuka untuk siapa pun.
Perpustakaan Tunku Tun Aminah ada sediakan bilik 24 Jam, ruang bacaan, Buku2 rujukan, Bilik thesis, & banyak lagi yang menarik dalamni. Perpustakaan tertinggi Asia & semuanya 6 tingkat. Menarik design dia. Tgh2 bangunan ni ada landskap, angin sentiasa masuk kat ruangan tengah tu. Suasana kat sini tenang, & tak bising.
Pejabat Pendaftar
Pusat Pengajian Diploma UTHM
Kolej kediaman Tun Dr. Ismail (TDI) & Kolej Kediaman Tun Fatimah (TF)
Hawa dulu dapat TDI. Hawa 1 sem je tinggal luar, itu pun terpaksa sebab tak dapat asrama masa mohon. Syarat nak mohon kena aktif je baru layak dapat asrama. Pemilihan sebenarnya bergantung pada ketua Biro setiap aktiviti sebab Ketua tu yang tentukan nama untuk bagi pd pengetua asrama. Kalau Ketua Biro tu o.k..o.klah..tp kalau jenis yang pilih kasih (pilih kawan2 je).. nasiblah.. apa yang kita buat selamani.. walaupun aktif, senang je diorang tolak ketepi. (Hawa xcakap saje2 tau, realiti berlaku pada kawan hawa. Hawa memang xaktif pun, jadi xkisahla kalau xdapat sebab dah tahu hawa xlayak..haha). Ok2.. berbalik pada kolej kediaman, UTHM ada banyak sediakan kolej kediaman iaitu; TDI, TF, Kolej kediaman Tun Syed Nasir (TSN), Kolej kediaman Melewar, Kolej Kediaman Perwira, Kolej kediaman Kelisa & Kolej Kediaman Taman Universiti. Nampak banyakkan, tapi sebenarnya kolej kediaman ni belum cukup untuk tampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.
Mini Pos Malaysia
Mudah untuk pos surat/barang, bayar bil2... semua dalam UTHM.
(Serius Bangga!)
PKU (Pusat Kesihatan Universiti). Dengar nama je kita dah tahu fungsi dia. Nila antara perkhidmatan yang terpenting disediakan oleh Universiti. Untuk pelajar, free je... just tunjukkan kad matrik. Hawa kat sini suka Check gigi. Kalau hawa datang sini, hawa xsuka sangat duduk kat dalam sebab risiko untuk sakit. Dalamnikan ramai orang xsihat, jadi lebih baik tunggu kat luar. PKU ni kalau xsilap hawa, dia sediakan jugak untuk perkhidmatan orang luar kalau ada kes emergencyla. UTHM ni banyak jugakla membantu orang kampung sekitar UTHM ni. Termasuk perkhidmatan Van Jenazah :).
Ha... ni satu lagi tempat penting. Tanpa bank Muamalat & ATM yang disediakan, susahla student nak keluarkan duit. Bila ada Bank ni... lebih mudah untuk keluarkan duit.
Arked / Tempat makan
Koperasi UTHM
Bangga betul dengan UTHM ni sebab ada kapal terbang sendiri. Kapal terbang ni kecil je, khas untuk budak2 Aeronautik...bukan untuk dipandu, tapi untuk belajar sistem kapal terbang tu.
Perkhidmatan Bas ada disediakan untuk dalam U & luar U. Bas UTHM ni guna untuk perjalanan jauh & ulang alik dari kampus bandar (parit raja) ke tempat Bus Stop utama dalam U je. Untuk rangkaian dalam u, guna bas daripada syarikat swasta (Sikun, Etiqa). Jadi, untuk pelajar yang xde kenderaan boleh guna bas yang dah disediakan untuk ke kelas.
Bus stop disediakan
Taman Herba
Signboard/Pemandu arah
Hawa sajikan sedikit sebanyak permandangan yang cantik di UTHM;
UTHM Maps :
[Source : Peta Kampus]
Kemudahan Kampus
[Source : Kemudahan kampus]
Oklah, kepada adik2 yang baru nak masuk UTHM tu... Kak hawa harap adik2 dah dapat gambaran sedikit sebanyak tentang UTHM & suasana di sekitar sini. Mungkin masa adik masuk UTHM ada lagi banyak bangunan baru.. nanti bolehla share dengan akak ;).
LIHAT ENTRI :
>>> MUSIM BUNGA DI UTHM <<<
>>> BBQ bersama kawan-kawan UTHM <<<
>>> Last BBQ with classmate <<<
>>> Bola sepak Group B vs Group A <<<
Credit to Housemate Wana :
Terima kasih jadi pemandu Den ;)
Alhamdulillah.. siap jugak akhirnya..
Sekarang dah 4.27 a.m..
Mata dah ngantuk..
Tata..
Pejabat Pendaftar sayang.. Bukan berdaftar ye. - K.Fis -
ReplyDeletewah..cantik2 gambar..hehe
ReplyDeletehaha ngantuk masa ni... xboleh nk fikir dgn waras..
ReplyDeletecantik sgt,, tqvm hawa,,, kenagn spjg 3thn disini...
ReplyDeletesuatu masa nanti, mesti rindu kawan sgt2..
ReplyDeletewahh..rajin hawa ambil pic..sambil ronda2 ngn moto gtu..terbaik r..haha
ReplyDeletekak nk tnye kolej kediaman tun dr ismail tu brape org 1 bilik?
ReplyDelete4 orang je sebilik... kediaman Tun Dr ismail & Fatimah... kediaman paling mewah kat U... semua ada...
Deletekak nak sidai baju dekat mana? my previous u ada beranda dekat setiap bilik so i bawa ampaian sendiri. how about this kolej kak? perlu ke bawa?
DeleteDh ada... adik xyah risau. Bwk hanger byk je y penting
DeleteSaya siswa uthm, memang bangga jadi warga uthm....i love uthm.
ReplyDeleteSama la.. Byk kenangan kt UTHM ni..
DeleteAkak kos kejuruteraan awam kan?? Nak notes boleh����??
ReplyDeleteNotes ada.. Simpan lg nota ringkas... Klu kt area terengganu.. Akak boleh bg copy.. Klu buku yg tebal2 tu.. Akak boleh bg pinjam.. Bguna lg buku tu bila kerja.. Hehe
DeleteAssalamualaikum..kak, 4 org sbilik katil dia double decker ke cmne? N rapat2 ke stiap sudut?
ReplyDeleteKalau dpt asrama tun fatimah dgn dr ismail untung.. 4 org 1 bilik..Katil single,luas & selesa. Asrama lain xpasti.. Rasanya kalau taman university katil double decker... & sempit...
Deletekak,kolej kediaman macam mana?macam apartment ke,macam asrama sekolah?
ReplyDeleteUpgrade sikit dr asrama skolah.. Haha. Taraf hotel 3 bintang kalau asrama dlm kwsn u.. Klu area luar mcm asrama skolah biasa. Atas nasib jgk..
Deletemeans,.tandas kat luar,kongsi ramai-ramai??
ReplyDeleteEh xdela teruk mcmtu skali. Mcm kolej TDI & TF... Tandas kongsi 8 org je. Tandas kt luar kongsi utk 2 bilik. Yg lain xpasti.
ReplyDeletemcm mna belajar kos awam ni.. ada teruk ka x bljar?
ReplyDeleteBelajar ok je. Xdela teruk sgt.. Cuma kena byk tanya lecturer & kwn2. Kalau dlm kelas kita belajar ABC je・・・kalau exam/ assignment... Soalan ssh sikitla.
DeleteBoleh ke free hair masa kuliah? Ke wajib pakai tudung
ReplyDeleteX boleh tuhan marah..
DeleteX boleh tuhan marah..
DeleteUthm benarkan.. Tapi kena pastikan rambut kemas
Deletekak, klau prgi class boleh pkai tshirt and jeans instead of bju formal x?
ReplyDeleteBoleh pkai masa kuliah... Waktu presentation kena pkai pkaian yg bersesuaian...
ReplyDeleteTerbaiklah kak... saya dpt kos FPTP.. teruja nak masuk uthm... btw saya nak tanya akak... asrama bistari tu jauh tak dari uthm ?
ReplyDeletenice sharing :))
ReplyDelete